Berdepan pelbagai liku dan rintangan dalam kehidupan, tidak mematahkan semangat seorang pelajar cemerlang peperiksaan SPM, Muhammad Shamil Aiman Norsham, memperoleh 9A.<br /><br />Tidak seperti insan lain, anak kedua daripada empat beradik itu mengakui bukan mudah untuk meraih kejayaan, memandangkan ibunya yang juga seorang ibu tunggal penghidap kanser perut tahap empat.
